LearnBoost Written By :

LearnBoost Written By :

1.ERWANA BT. HJ. MD SALLEH (PT122061CT)
2.JULIZAN BT. JIWA ARMARUN (PT122108CT)
3.SAMSIAH BT. SULAIMAN (PT122247CT)
4.SHARIFAH LIZAWATI BT SHAMSUDDIN (PT122253CT)
5.SITI NADIAH BT. TAWAKKAL (PT122263CT)

Friday 28 December 2012

LEARNBOOST


Perkembangan Teknologi maklumat (IT) dengan aplikasinya telah mengubah corak dan cara manusia berfikir dan bekerja. Komputer dijadikan alat dalam pelbagai bidang perkerjaan yang dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru dalam melaksanakan kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan komputer dan internet mula bertapak di arena pendidikan dengan memperkenalkan alat pandang dengar, radio pendidikan dan TV pendidikan. Pada tahun1946 radio pendidikan telah dikembangkan di bawah Jabatan Penyiaran, Kementerian Penerangan. Alat pandang dengar mula diperkenalkan pada tahun 1949. Tujuannya ialah untuk pembinaan dan penerbitan bahan bantuan mengajar, membekalkan maklumat dan lain-lain. Pada tahun 1972 Kementerian Pendidikan telah mengadakan stesyen atau siaran televisyen pendidikan bagi tujuan memodenkan pengajaran sehinggalah penggunaan komputer dan internet diperluaskan pada tahun awal 1990-an (V. Pang, 1992 ). Melalui Tele Sidang Komputer ianya boleh digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran tidak secara formal seperti pengajar berada di sekolah dan pelajar berada di rumah sahaja. CAI (Computer-Assisted Instruction) merupakan satu kaedah pembelajaran secara interaktiviti, latih tubi, simulasi dan animasi.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran semakin penting pada masa kini. Menurut Musa (2001), cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan. Komputer juga mampu melakukan banyak perkara di luar kemampuan manusia. Menurut, Mohktar (2002), komputer merupakan sebuah alat yang boleh memindahkan, memproses dan memanipulasikan maklumat sesuatu data secara serentak tetapi ianya tidak dapat memahami data dan mengikut segala arahan. Dewasa ini juga sistem pendidikan pra sekolah juga telah cuba memperkenalkan penggunaan komputer dalam proses pengajaran.

E-Pembelajaran (e-Learning) merupakan suatu implementasi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi meningkatkan tahap pembelajaran. Terdapat dua rangkaian dalam e-Pembelajaran iaitu rangka kerja aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan Sistem Pengurusan Bahan Pengajaran (LCMS). LMS ini dibangunkan bagi meningkatkan aktiviti pembelajaran serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan LMS ini adalah berdasarkan Model Waterfall oleh W. W. Royce. Pembangunannya menggunakan perisian Adobe Macromedia Dreamweaver 8, Adobe Photoshop 7.0, dan Easy PHP 1.8. LMS yang mengandungi ciri-ciri seperti pendaftaran pelajar dan pendaftaran guru, senarai pelajar dan senarai guru, forum, mel elektronik, dan kemudahan muat naik tugasan. LMS telah telah digunakan secara meluas dalam menghubungkan sistem maklumat dan sistem pangkalan data bagi mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS). Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), KPM ialah penyelaras projek rintis tersebut di tiga (3) buah sekolah, iaitu SMK Aminuddin Baki, SMK Seri Titiwangsa, dan SK Putrajaya Presint 9 (1). Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan.

Kemajuan teknologi membolehkan integrasi teknologi maklumat di segala bidang, termasuklah bidang pendidikan. Beberapa sekolah mungkin sudah melaksanakan suatu sistem dimana pelajar, guru, dan ibubapa murid berhubung dalam talian. Kemudahan seperti ini memudahkan ibu bapa memantau anak – anak mereka, berkaitan kehadiran dan prestasi pelajaran mereka. Pelajar juga boleh berinteraksi secara langsung secara online dengan guru apabila sedang berada di rumah, kemudian boleh memuat turun pelbagai bahan-bahan pelajaran yang mungkin disampaikan secara online. Beberapa sekolah menggunakan sistem pengurusan pembelajaran serta aplikasi berbayar untuk menjalankan kemudahan semacam itu. memanfaatkan aplikasi pengurusan kelas yang membolehkan interaksi antara guru, ibu bapa, dan pelajar, iaitu Learn Boost.

LearnBoost adalah aplikasi sistem pengurusan kelas secara online yang terdiri dari satu kumpulan aplikasi yang dapat menguruskan kelas khas dan juga seluruh sekolah. Terdapat banayak kemudahan pada web 2.0 ini. Aplikasi ini membolehkan guru menetapkan markah ujian, kuiz, kerja rumah dan tugasan pelajar, membina dan merancangan pembelajaran pelajar, mereka jadual waktu, dan menetapkan kehadiran pelajar. Pada mulanya LearnBoost direka adalah untuk kegunaan guru, tetapi penggunaannya telah dikembangkan di mana ibubapa dan pelajar juga boleh mengakses aplikasi ini. Dengan adanya sistem pengurusan pendidikan online, maka pelajar akan dapat melihat prestasi pencapaian masing - masing, di samping itu ibubapa juga boleh mengawasi pembelajaran atau sekolah harian anak-anak mereka. Learn Boost sangat mudah digunakan dan mempunyai ciri-ciri yang banyak.

Untuk menyertai perisian ini, anda terlebih dahulu perlu mendaftar, dan ini boleh dilakukan dengan secara percuma atau boleh menggunakan akaun Facebook dan Google. Semasa proses pendaftaran di laman web www.learnboost.com.my , web aplikasi ini akan menanyakan jenis akaun anda, sama ada seorang guru (Teacher), pelajar (Student), atau ibubapa (Parent). Setelah mendaftar, maka anda boleh menetapkan maklumat khusus seperti nama kelas (class name), mata pelajaran yang diajar (subject), nombor mata pelajaran (course number), sesi persekolahan (semester), mula dan berakhirnya tahun pengajaran atau kursus (start and end date), tingkat gred (grade level), jumlah pelajar maksimum (maximum number of students) dan keterangan ringkas yang lain. Maklumat ini boleh diedit oleh guru pada bila-bila saja. Anda juga boleh memaparkan portfolio diri, membuat bahan-bahan pelajaran, atau menambah peristiwa tertentu ke kalendar pendidikan. Aplikasi ini baru terasa manfaatnya bila ingin melakukan pengurusan talian, atau pemilik kursus tertentu.

Selepas membuat kelas, maka akan hadir empat tab utama iaitu Pentadbiran (Administration), Buku pemarkahan (gradebook), Kehadiran (Attendance) dan laporan (Reporting). Di Tab Administrator, Anda boleh melihat dan mengedit info kelas asas, peserta kelas (class roster), kedudukan tempat duduk pelajar(seating plan), jadual waktu mengajar(schedule) dan peraturan di dalam kelas (policy). Anda juga boleh memilih maklumat apa yang boleh diakses pelajar dan ibu bapa. Tab Buku pemarkahan (Gradebook) membolehkan guru memasukkan nilai tugas-tugas pelajar dan kuiz secara terpisah, serta secara automatik akan mengira nilai akhir pelajar dengan rumus tertentu. Rumus untuk mengira boleh diedit berdasarkan kebijakan sekolah. Bagian Kehadiran (Attendance), boleh digunakan untuk mendaftar kehadiran pelajar. Yang unik dalam menu daftar kehadiran ini adalah daftar hadir konvensional yang menunjukkan nama-nama pelajar berdasarkan tempat duduknya, sehingga memungkinkan guru mudah menanda pelajar yang hadir atau tidak hadir. Tab Laporan (Reporting) menunjukkan laporan grafik dari semua statistik nilai dan kehadiran, sehingga memungkinkan guru menilai prestasi disiplin dan kemajuan akademik untuk seluruh kelas atau secara individu.

Web aplikasi ini sangat bermanfaat kepada guru-guru yang ingin menetapkan sistem pengurusan pembelajaran secara online dan melakukan kawalan online untuk kelasnya. Tetapi aplikasi ini juga mempunyai kelemahan. Antaranya, akses menjadi semakin berat ketika semakin banyak digunakan. Tapi hal tersebut boleh dimaklumkan karena aplikasi ini adalah percuma.

No comments:

Post a Comment